Thursday, January 15, 2015

'MCA kempen pelajar sekolah pakai baju kurung'

'MCA kempen pelajar sekolah pakai baju kurung'


Pemuda MCA menggesa semua pelajar perempuan di sekolah-sekolah memakai pakaian seragam baju kurung sebagai tanda kebersamaan dengan seorang pelajar tingkatan tiga yang dilarang memasuki sekolah kerana memakai pakaian tradisional itu.

“Saya gesa pelajar perempuan di sekolah rendah dan menengah memakai baju kurung jika mereka sudah membelinya,” kata ketua sayap itu Chong Sin Woon.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau menggelar langkah SMK Seri Mutiara di Cheras itu sebagai “mundur” ke belakang.

Katanya, langkah itu hanya menggalakkan pihak yang mahu ponteng memakai pakaian itu supaya tidak dibenarkan memasuki sekolah.

[Baca berita asal]




No comments :

Post a Comment

Designed By Blogger Templates