Saturday, January 10, 2015

Suspek dikepung, penduduk Paris tabah

Suspek dikepung, penduduk Paris tabah


Dua suspek yang dipercayai menembak di pejabat mingguan satira Charlie Hebdo di Paris, dikepung polis bersama seorang tebusan di satu kawasan perindustrian ringan, utara Paris.
Reuters melaporkan polis pada awalnya mengejar satu kenderaan berkelajuan tinggi berhampiran lebuh raya A2 menuju ke Paris.
Berlaku tembak-menembak dan trak polis, ambulans dan kenderaan berperisai kemudian dikerah ke kawasan berhampiran lapangan terbang Charles de Gaulle itu.
"Semua penduduk diminta berada di rumah. Kanak-kanak diminta dijaga dengan selamat di sekolah," kata laman web majlis perbandaran.
Sementara itu, satu lagi berita Reuters melaporkan yang rata-rata penduduk Paris terkejut namun tabah menghadapi insiden itu.
Mereka yang ditemubual tekad meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun kini lebih berhati-hati dalam pergerakan seharian.
Perkhidmatan keretapi dan pejabat, sekolah serta bangunan awam berhenti senyap selama seminit pada waktu tengahari sebagai tanda berkabung.
Hari ini juga, media sosial dipenuhi seruan #JeSuisAhmed (Saya Ahmed) sebagai tanda setiakawan bersama Ahmed Merabet, anggota polis yang terbunuh dalam kejadian semalam.


No comments :

Post a Comment

Designed By Blogger Templates