'10% bukan penghalang pembangunan Kg Baru'
Pembangunan di Kampung Baru akan tetap diteruskan walaupun 10 peratus daripada penduduk di situ tidak bersetuju, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.
“Kita tak boleh menjadikan 10 peratus itu sebagai halangan kepada kita.
“Kita akan terus memberi perhatian bagaimana melibatkan ramai penduduk untuk menyertai pembangunan di kampung baru,” katanya kepada pemberita selepas perasmian pelan induk pelancongan Kuala Lumpur 2015 hingga 2025 di Kuala Lumpur.
Tambahnya lagi, 10 peratus penduduk yang tidak bersetuju harus memahami kepentingan pembangunan di tempat itu.
“Penduduk Kampung Baru harus memahami dan menyertai GLC (syarikat milik kerajaan) untuk memajukan Kampung Baru,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata berkata, kerajaan akan terus berusaha untuk mendapatkan persetujuan daripada lebih 10 peratus lagi pemilik dan pewaris tanah di kampung tradisi itu.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha untuk mendapatkan persetujuan daripada lebih 10 peratus lagi pemilik dan pewaris tanah di kampung tradisi itu.
Gurauan ahli politik
Pelan induk Kuala Lumpur 2015 hingga 2025 itu dilancarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Dalam acara itu, Tengku Adnan, yang lebih terkenal dengan gelaran Ku Nan, mencuit hati hadirin apabila bergurau menggunakan seekor burung merpati yang digunakan dalam persembahan silap mata.
Beliau malah secara spontan bergurau mengacah-acah seekor burung merpati putih ke arah hadirin, termasuk anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang turut hadir.
Burung merpati itu pada mulanya terbang ke arah Teresa, wakil rakyat DAP itu.
Teresa sendiri kelihatan cuba mengelak dan disambut gelak ketawa anggota parlimen Serdang Ong Kian Ming, di sebelahnya, dan hadirin.
No comments :
Post a Comment